Tarikh Kemaskini 29/10/2018
Datuk Bahaman
1868-1931
Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah. Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada tahun 1892. Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman menentang pelaksanaan Undang-Undang barat yang telah mengetepikan adat resam orang Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato' Bahaman(Orang Kaya Semantan) dengan lantangnya menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut serta ketidakadilan terhadap masyarakat Melayu pada waktu itu. Semangat keperwiraan Dato' Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap berupaya mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.
BIODATA DATUK BAHAMAN
-
NAMA SEBENAR IALAH ABDUL RAHMAN B. TUANKU IMAM NUH.
-
BERASAL DARIPADA KAUM BUGIS.
-
MERUPAKAN SEORANG PAHLAWAN TERKENAL DI PAHANG.
-
MERUPAKAN ULAMA ISLAM YANG MENENTANG KUASA ASING DI PAHANG.
-
DIKENALI SEBAGAI ORANG KAYA SETIA PERKASA PAHLAWAN SEMANTAN.
-
ANTARA PENGOBANAN BELIAU IALAH MENOLAK PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG BRITISH SEPERTI KEHAKIMAN, PEMUNGUTAN HASIL TANAH, SISTEM CUKAI DAN PENUBUHAN PASUKAN POLIS LUAR DI PAHANG.
-
BELIAU JUGA TERUS MENENTANG BRITISH APABILA ANAK-ANAK BELIAU DITANGKAP OLEH BRITISH.
-
PERNAH DILANTIK SEBAGAI PEMBESAR TEMERLOH